Kelas Jom Berniaga Di Shopee X TikTok
15 Julai 2023 | Aktiviti Terkini14 Julai 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan Kelas Jom Berniaga Di Shopee X TikTok dan dihadiri oleh 2 orang peserta. Petugas PEDi membimbing mereka untuk memulakan perniagaan di dalam platform Shopee dan juga di dalam platform TikTok iaitu TikTok Seller. Kelas ini adalah bertujuan untuk peserta dapat memulakan langkah mendigitalkan perniagaan mereka. Peserta ini adalah merupakan Newbie atau masih Zero dalam mengetahui cara untuk berniaga di dalam platform Shopee dan TikTok.
Peserta dikongsi dengan cara mendaftar Akaun Shopee Seller khas untuk menjual di Shopee dan Akaun TikTok Seller khas untuk menjual di TikTok. Peserta dibimbing untuk mengemaskini kedai dengan memasukkan gambar profil, gambar latar dan penerangan berkaitan dengan kedai Shopee mereka. Peserta juga diajar bagaimana langkah-langkah untuk memuatnaik produk perniagaan mereka. Petugas membimbing mereka cara memasarkan produk mereka dengan menggunakan pemasaran yang ada di dalam Shopee dan TikTok Seller. Peserta dikongsi cara penghantaran dan pembungkusan barang setelah mendapat jualan dari pelanggan. Peserta juga mempelajari cara membuat Affiliate di TikTok mereka sendiri.
Kelebihan dan kebaikan di dalam aktiviti ini ialah peserta dapat mengetahui selok-belok untuk berniaga di dalam platform Shopee juga TikTok dan dapat mendigitalkan perniagaan mereka. Kelas ini berlansung selama 2 jam setengah bermula dari 3.00petang hingga ke 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: